27 August 2009

Sesi Fotografi Kelas 2009

Gambar Kenangan Murid-murid dan Warga Kakitangan SK Besout 5, 2010.



























20 August 2009

Lencana Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Besout 5 pada peringkat awal penubuhannya merupakan sebuah sekolah cawangan bagi Sekolah Kebangsaan Besout 4 dan hanya menggunakan khidmat Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Pada ketika itu tidak ada bangunan kekal yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pada 3hb Disember 1990, seramai 7 orang guru terlatih yang baru tamat latihan Sijil Perguruan Asas telah ditempatkan di SK. Besout 5 yang serba kekurangan kemudahan infrastruktur, tiada bekalan elektrik dan jalan bertar.


Atas hasil usaha penduduk setempat dan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang, maka pada tanggal 01.01.1991 terukirlah tinta sejarah penubuhan SK. Besout 5 yang ditadbir oleh En. Mohd Ali b. Darus dan bilangan murid ketika itu hampir 200 orang. Pihak pengurusan Felda telah membenarkan bangunan Balai raya, Sekolah Agama Rakyat dan Tadika digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.


Pada pertengahan tahun 1991 juga, atas keprihatinan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menurunkan peruntukan projek membina bangunan kekal (Bangunan Gotong-Royong ) berjumlah RM 50,000 untuk membina 3 bilik darjah, bilik guru, ruang pejabat dan bilik Guru Besar. Bangunan Sekolah Agama Rakyat masih digunakan lagi. Guru sandaran tanpa latihan silih berganti, keluar masuk setiap tahun untuk bersama-sama dengan Guru Terlatih menaburkan jasa dan bakti.


Pada tahun 1994, bangunan SK. Besout 5 yang baru melibatkan 3 blok bangunan 2 tingkat dan satu blok kantin yang serba lengkap dengan 12 bilik darjah, bilik Guru Besar, Pejabat, Bilik Muzik, Bilik Matematik, Pusat Sumber, Bilik Tayangan, Surau, Bilik Rawatan, Bilik Kokurikulum, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Guru, Bilik Perkembangan Staff dan tandas mula dibina dengan erti kata serba lengkap kemudahan infrastrukturnya.


Bangunan baru ini mula digunakan sepenuhnya untuk sesi persekolahan pada 1994/1995. Bangunan inilah tersergam indah sehingga hari ini yang telah ramai melahirkan generasi berpendidikan bagi penduduk Felda Gunung Besout 5. Tetapi sejak akhir-akhir ini, bilangan murid semakin merosot atas faktor bilangan peneroka tidak bertambah dan usia peneroka yang tinggal di sini semakin dimamah usia. Jika sesuatu usaha atau projek tidak dibangunkan di sini, kemungkinan kesuramannya akan wujud.