04 March 2010

Sambutan Majlis Maulidul Rasul 1431 H / 2010 M


Felda Gunung Besout 5, Sungkai - Sekolah Kebangsaan Besout 5 akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul  ( 1431 H / 2010 M ) Peringkat SK Besout 5 bagi memperingati peristiwa dan sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W. Majlis akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 26 Rabiul Awal 1431 Hijrah bermula pada jam 07:40 pagi. Oleh itu, pihak sekolah dengan rasa berbesar hatinya ingin menjemput orang ramai hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Terima kasih.