INFORMASI

FALSAFAH SEKOLAH

Melahirkan generasi yang seimbang dari aspek mental, emosi dan fizikal. Sehubungan dengan itu, akan lahirlah anak-anak yang bersikap kreatif, berinovasi, swadaya, berakhlak tinggi dan patriotik yang bergerak maju berlandaskan keilmuan yang dimiliki bagi memantapkan keimanan dan dapat mengisi wawasan negara.


**************************************************************************

WAWASAN SEKOLAH

Berusaha untuk mewujudkan sebuah organisasi sekolah yang harmoni berteraskan prinsip-prinsip islam untuk melahirkan insan-insan yang berhemah tinggi disisi Allah, masyarakat dan negara. Menggunakan pemikiran yang kreatif dan inovatif, berswadaya, berakhlak tinggi dan bersemangat patriotik untuk memantapkan keimanan dan seterusnya mengisi Wawasan 2020.


**************************************************************************

VISI SEKOLAH

KECEMERLANGAN MATLAMAT

[Untuk merealisasikan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan pengurusan, serta melahirkan warga sekolah yang berilmu, jati diri dan berjasa]

***************************************************************************

MISI SEKOLAH

 ~Meningkatkan prestasi akademik

~Menjadikan sekolah sifar 3M

~Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam

aktiviti kokurikulum

~Meningkatkan tahap disiplin dan sahsiah murid

~ Mewujudkan pengurusan yang baik

~ Menyediakan suasana pembelajaran yang  kondusif


*****************************************************************************
PIAGAM SEKOLAH

Kami warga pendidik SK Besout 5 dengan ini melafazkan janji kami untuk :
  1. Memastikan semua murid mendapat tempat yang selesa dan sempurna ketika mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bermatlamatkan Falsafah Pendidikan Negara.
  2. Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, kelompok, daerah, negeri dan negara.
  3. Memastikan akhlak dan disiplin murid berada pada taraf membanggakan.
  4. Memastikan taraf keceriaan dan prasarana sekolah sentiasa menyenangkan pandangan dan memberi inspirasi penyuburan keilmuan.
  5. Memastikan semua ujian dan peperiksaan dirancang dan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
  6. Memastikan hubungan silaturrahim warga SK Besout 5 dengan ibu, bapa dan pihak lain sentiasa erat dan mesra.
  7. Sentiasa bersedia menerima pandangan dan teguran yang membina demi kepentingan anak didik dan profesion perguruan.
*****************************************************************************

MOTTO SEKOLAH

BERILMU - BERIMAN - BERAMAL

BERILMU – Sebagai wadah ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

BERIMAN – Merupakan pelengkap kepada kesempurnaan hidup.

BERAMAL – Kepentingan menuntut ilmu dan faedahnya diamalkan dalam kehidupan.


****************************************************************************

BUDAYA SEKOLAH

SMART KREATIF BERMATLAMAT

SMART - Cerdik, Bijak, Berinformasi dan Berakhlak Tinggi

KREATIF - Mencipta dan Memperkembangkan Sesuatu Benda, Perkara atau Idea

BERMATLAMAT - Melakukan Sesuatu Perkara Dengan Satu Tujuan Yang Utama

5 - Kerjasama Antara Guru, Murid, PIBG, Pekerja Dan Masyarakat Sekeliling


****************************************************************************

WATAK SEKOLAH

BUDAYA PENYAYANG

PENCERAP ILMU

SK BESOUT 5 CEMERLANG


****************************************************************************

LAGU SEKOLAH


Berdiri Tersergam


Dilembah Indah Permai

Sekolah Kebangsaan Besout 5

Di Sini Kami Belajar Serta Bekerjasama

Antara Murid-Murid Semua


Belajar Terus Belajar Tanpa Jemu

Untuk Menjadi Insan Yang Cemerlang

Kami Murid-Murid Semua

Menjunjung Ikrar

Berilmu, Beriman Dan Beramal


Belajar Terus Belajar Tanpa Jemu

Untuk Menjadi Insan Yang Cemerlang

Kami Murid-Murid Semua

Menjunjung Ikrar

Berilmu, Beriman Dan Beramal