30 March 2010

Program Motivasi dan Pembentukan Jati Diri 2010

Hari : Jumaat dan Sabtu
Tarikh : 26 Mac 2010 - 27 Mac 2010
Program : Program Motivasi dan Pembentukan Jati Diri
Sasaran Peserta : Semua Pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 SK Besout 5 dan SK Besout 4.
Anjuran : Program Bersama SK Besout 5 dan SK Besout 4

Pada 26hb Mac 2010 - 27hb Mac 2010 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan satu program motivasi untuk para pelajar Tahun 5 dan Tahun 6. Alhamdulillah, program motivasi ini telah berlangsung dengan jayanya.




24 March 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 20 / 2010

Tarikh : 31 Mac 2010
Hari    : Selasa
Masa  : 02:30 PM - 05:30 PM
Tempat : Dewan Mutiara SK Besout 5


Dirasmikan oleh : En Termizi Bin Mohammed Tahir ( Guru Besar )

Dijemput semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20 ini. Diharapkan dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan membantu dan menyerikan lagi sekolah kita. Terima kasih.

13 March 2010

Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1431 Hijrah

Hari : Jumaat.
Tarikh : 12 Mac 2010. / 26 Rabiulawal 1431 Hijrah.

Peristiwa : Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah 1431 Hijrah.
Tema : "Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah"

Penceramah : Ustadz Khaled Bin Mat.
                      ( SK Besout 4 )
Pengerusi Program : Ustadz Hairil Anuar Bin Yakob.

Program ini adalah salah satu usaha untuk menyemarakkan lagi syiar Islam dalam kehidupan seharian murid-murid SK Besout 5 khasnya dan masyarakat sekitar amnya. Melalui aktiviti seumpama ini, diharapkan agar dapat memberi tauladan kepada murid-murid tentang akhlak peribadi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta kepimpinan baginda.

Adalah diharapkan dengan terlaksananya program seperti ini dapat memberi peluang kepada murid-murid mengikuti program keagamaan, memperingati sirah junjungan Nabi Muhammad S.A.W, meraikan hari kebesaran Islam, menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan terbaik dan meningkat kreativiti murid dalam kesenian Islam.

Aturcara Majlis :-

07:40 Pagi - Bacaan Yassin di Dewan Mutiara SK Besout 5.

08:30 Pagi - Perarakan Sambil Berselawat.

09:40 Pagi - Rehat.

10:00 Pagi - Ceramah Maulidul Rasul dan Kuiz.

12:00 Tengahhari - Bersurai.

12 March 2010

Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke-13

Hari : Rabu.
Tarikh : 10 Mac 2010.
Peristiwa : Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke- 13,
                SK Besout 5 2010.
Perasmian Oleh : Encik Tuan Haji Mohd Radzi Bin Hanafi,
                          Pengurus Felda Gunung Besout 5.





Meriahnya mereka di padang SK Besout 5.


Keputusan Keseluruhan Temasya Olahraga SK Besout 5 Kali Ke-13.

Johan Perbarisan : Rumah Merah.
Johan Hiasan Rumah : Rumah Biru.

Olahraga : Mohd Fahmi Ezuwan Bin Mohd Ridzam.
Olahragawati : Ani Syamiza Bt. Muhd Syahiran.

Johan Keseluruhan : Rumah Biru.
Naib Johan : Rumah Kuning.


04 March 2010

Sambutan Majlis Maulidul Rasul 1431 H / 2010 M


Felda Gunung Besout 5, Sungkai - Sekolah Kebangsaan Besout 5 akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul  ( 1431 H / 2010 M ) Peringkat SK Besout 5 bagi memperingati peristiwa dan sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W. Majlis akan diadakan pada hari Jumaat bersamaan 26 Rabiul Awal 1431 Hijrah bermula pada jam 07:40 pagi. Oleh itu, pihak sekolah dengan rasa berbesar hatinya ingin menjemput orang ramai hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Terima kasih.