13 March 2010

Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1431 Hijrah

Hari : Jumaat.
Tarikh : 12 Mac 2010. / 26 Rabiulawal 1431 Hijrah.

Peristiwa : Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah 1431 Hijrah.
Tema : "Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah"

Penceramah : Ustadz Khaled Bin Mat.
                      ( SK Besout 4 )
Pengerusi Program : Ustadz Hairil Anuar Bin Yakob.

Program ini adalah salah satu usaha untuk menyemarakkan lagi syiar Islam dalam kehidupan seharian murid-murid SK Besout 5 khasnya dan masyarakat sekitar amnya. Melalui aktiviti seumpama ini, diharapkan agar dapat memberi tauladan kepada murid-murid tentang akhlak peribadi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta kepimpinan baginda.

Adalah diharapkan dengan terlaksananya program seperti ini dapat memberi peluang kepada murid-murid mengikuti program keagamaan, memperingati sirah junjungan Nabi Muhammad S.A.W, meraikan hari kebesaran Islam, menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan terbaik dan meningkat kreativiti murid dalam kesenian Islam.

Aturcara Majlis :-

07:40 Pagi - Bacaan Yassin di Dewan Mutiara SK Besout 5.

08:30 Pagi - Perarakan Sambil Berselawat.

09:40 Pagi - Rehat.

10:00 Pagi - Ceramah Maulidul Rasul dan Kuiz.

12:00 Tengahhari - Bersurai.